button

Navigasi Fuji-Kawaguchiko untuk pengembara bebas


Ayuh nikmati Bandar Fujikawaguchiko!

“Gunung Fuji” yang merupakan simbol Jepun dan melahirkan banyak kepercayaan dan kesenian sejak zaman dahulu telah didaftarkan sebagai Warisan Budaya Dunia pada bulan Jun 2013. Walaupun aktiviti yang melawat kuil, muzium, dan muzium seni untuk menikmati nilai budaya Gunung Fuji menarik, aktiviti bersiar-siar dengan berjalan, berlari atau berbasikal untuk menikmati nilai-nilai budaya tersebut tentunya menjadi kenangan di Gunung Fuji yang lebih mendalam. Bandar Fuji-Kawaguchiko yang terletak di Utara kaki Gunung Fuji yang dikelilingi gunung, hutan, dan tasik membolehkan pelbagai aktiviti luar dijalankan. Mahukah anda meluangkan waktu yang berharga di resort dataran tinggi yang terdekat dari Gunung Fuji?

Melihat Gunung Fuji

Melihat Gunung Fuji

Anda boleh melihat Gunung Fuji dari pelbagai tempat di Bandar Fujikawaguchiko. Disyorkan beberapa tempat dari sudut pandangan yang tidak terhitung.

Aktiviti Luar

Aktiviti Luar

Walaupun aktiviti yang melawat kuil, muzium, dan muzium seni untuk menikmati nilai budaya Gunung Fuji menarik, aktiviti bersiar-siar dengan berjalan, berlari atau berbasikal untuk menikmati nilai-nilai budaya tersebut tentunya menjadi kenangan di Gunung Fuji yang lebih mendalam. Bandar Fuji-Kawaguchiko yang terletak di Utara kaki Gunung Fuji yang dikelilingi gunung, hutan, dan tasik membolehkan pelbagai aktiviti luar dijalankan.

Ayuh nikmati meskipun hari hujan!

Ayuh nikmati meskipun hari hujan!

Di Bandar Fujikawaguchiko terdapat banyak kemudahan dan muzium kesenian untuk anda nikmati seni yang pelbagai.

Makanan

Makanan

Hoto, makanan tempatan yang terkenal. Mi, labu dan sayur-sayuran lain dimasak bersama-sama di dalam sup miso. Mi Udon Yoshida yang dibuat dengan menggunakan banyak air yang sedap dari Gunung Fuji bersifat keras dan tebal dan dihiasi kobis. Di mana ada air yang baik, terhasillah sake yang baik. Jika anda minum sake, cubalah sake tempatan dari Kilang Sake Ide, satu-satunya kilang sake di kawasan ini, wain, atau bir tempatan. Kari daging rusa merupakan makanan popular yang baharu. Masakan ikan smelt dan trout serta daging bakar juga disyorkan. Sepanjang Jun hingga Oktober, anda boleh menikmati aktiviti memetik buah-buahan seperti strawberi, beri biru, ceri dan lain-lain.

Sejarah dan Budaya

Sejarah dan Budaya

Ayuh nikmati lawatan ke tokong serta muzium dan muzium kesenian yang memaparkan nilai kebudayaan di Gunung Fuji!

Peta perjalanan Tasik Fujikawaguchiko

WiFi percuma

↑  Ke atas laman

Copyright c 2014 TOWN OF FUJIKAWAGUCHIKO All Rights Reseved.